Tanda-Tanda Kematian H -100
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH
SWT kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka
menyadari atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar,
seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru
saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati
daging tersebut seakan -akan bergetar… Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka
yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan keha! diran tanda
ini.
Bagi mereka yang tidak diberi
kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat. Bagi yang
sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda-Tanda
Kematian H -40
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun
yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH
SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan
bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda-Tanda
Kematian H -7
Adapun tanda ini akan diberikan
hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang
tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan…
Tanda-Tanda
Kematian H -3
Pada ketika ini akan terasa denyutan
di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini
dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti…. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar
lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi…
Telinganya akan layu dimana bagian
ujungnya akan Beransur- ansur masuk ke dalam… Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan…
Tanda-Tanda
Kematian H -1
Akan berlaku sesudah ashar dimana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan
ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
ahsar keesokan harinya.
Tanda-Tanda
Kematian (Tanda Akhir)
Akan terjadi keadaan dimana kita
akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian Halkum… Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada
ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula…
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat
yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat
masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril
A.S.” Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa apabila
Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang
ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa
yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan : Tidak ada
jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut,
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: ”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T.
maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah
roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Dari sekian banyak tanda-tanda
kematian seperti yang dijelaskan di atas, semoga membuat kita semua akan selalu
ingat mati. Karena sesungguhnya mengingat mati itu adalah Bijak. Demikianlah
sedikit informasi mengenai 100 Hari Tanda-Tanda Kematian Manusia
yg akan kita lewati, semoga bermanfaat dan perbanyaklah melakukan hal-hal yg
baik selama masih di dunia ini.